BANDING BEZA TEORI DISIPLIN KOUNIN DAN GLASSER.


PENGURUSAN KELOMPOK – (KOUNIN) TERAPI REALITI – ( WILLIAM GLASSER) )
  • Diasaskan oleh Jacob Kounin
  • Model ini hubung kait dengan pengurusan efektif dan pengajaran efektif.
  • Diasaskan oleh William Glasser.
  • Konsepnya : individu tingkah laku tidak diingini tidak perlu pembelaan, tetapi harus belajar untuk berkelakuan yang boleh diterima dan produktif.
  • Menekan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
  • Haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid.
  • Menekan setiap individu perlu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa ganggu atau menjangkaui keperluan dan kehendak individu lain.
Ada 5 faktor

1         Dalam jangkauan (withitness)

2         Serentak (overlapping)

3         Pergerakan (momentum)

4         Kelancaran (smopthness)

5         Kepekaan kumpulan (group alerting)

Faktor yang menjadi asas dalam teori Glasser

1         Berfokus kepada semasa bagi elakkan bincang    perkara lalu.

2         Galakkan individu untuk hakimi diri mereka sendiri dengan pertanyaan.

3         Perancangan spesifik bagi bantu melaksanakan dan menilai kemajuan diri.

6 Aplikasinya :

1         Guru peka dengan keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid.

2         Keupayaan guru tangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi PnP semasa.

3         Guru mesti buat persediaan supaya proses PnP lancar

4         Guru tidak ganggu murid semasa laku aktiviti tetapi bantu secara individu yang bermasalah.

5         Terangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat.

6         Meninjau hasil kerja murid.

7         Minta murid bagi respons terhadap sesatu perkara.

Aplikasinya :

1         Pelajar dilihat sebagai berpotensi bknya perosak.

2         Guru yakinkan pelajar bagi tambah kualiti hidup.

3         Guru sediakan suasana belajar yang menyeronokkan.

4         Guru wujudkan hubungan baik dengan pelajar bantu mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Comments (2) »

Konsep KIA2M – BM

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.  Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Leave a comment »

Rancangan Mengajar Harian – RPH BM


Mata pelajaran    : Bahasa Melayu

Tahun                  : 3 Siddiq

Bilangan Pelajar : 25 orang

Tema                    : Pertanian

Tajuk                    : Ke sawah padi

Tarikh                  : 17/ 03/ 08

Masa                    : 8.45-9.45 pagi

Objektif               : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

  1. Bercerita tentang gambar sawah padi dengan 75 peratus sebutan yang betul.
  2. Mengecam secara lisan perkataan yang terdapat dalam pantun dengan 75 peratus betul.
  3. Mecatat 5 daripada 10 isi-isi penting dalam petikan yang bertajuk  ‘Pak Hasan’.

Fokus Utama

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat , serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 1

  1. Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.

Aras 1

  1. Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1

  1. Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.

Kemahiran bahasa : Mendengar bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa

Tatabahasa : morfologi – perkataan.

Kosa kata : Moden, petani, membajak, menuai, menanam, jentera

baik hati.

Pengisian kirikulum

Ilmu  : Kemahiran hidup, dan Kajian Tempatan.

Nilai : Tolong menlong, kerjasama, kasih sayang, semangat kekitaan

Kewarganegaraan : semangat kekitaan , tolong menolong,

hormat – menghormati

KBT : KB – Menghubungkait – menjana idea  – Memproses maklumat –

Menyelesaikan masalah

KP –verbal linguistik – intrapersonal – muzik

Bahan bantu belajar :

–          Komputer riba

–          LCD

–          Lirik lagu

–          Pantun

–          Teks ringkas

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Pengesanan maklumat yang dipertontonkan

  • Video klip ‘ke sawah padi’

Set Induksi (5 minit)

  1. Guru menayangkan video klip tentang ke sawah padi.
  2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai tajuk video yang ditayangkan.
  3. Murid menceritakan pengalaman sedia ada berdasarkan tajuk ke sawah padi.
  1. Guru menerangkan tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini.
BBB:   Video klip

Komputer riba

LCD

KBT:

KB

  • menghubungkait
  • Memproses maklumat

Gambar ke sawah

(Lampiran A)

.

Langkah 1 ( 20 minit )

Aktiviti 1

  1. Guru membahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi lima orang murid.
  2. Guru mempamerkan gambar sawah di skrin putih dan memberi salinan gambar sawah kepada lima kumpulan.

Aktiviti 2

  1. Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai gambar sawah.
  2. Guru memanggil wakil ke hadapan dari setiap kumpulan untuk menceritakan tentang gambar sawah dengan sebutan yang betul.
  3. Guru membetulkan sebutan yang disebutkan oleh murid.
BBB:

Gambar.

KBT:

KP- Verbal-linguistik

interpersonal

KB- memproses

maklumat.

menghubungkait.

Menjana idea

Nilai:

Kerjasama

Kasih sayang

Semangat kekitaan

Pantun Sawah Padi’ (Lampiran B)

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti 1

  1. Guru megedarkan pantun yang bertajuk ‘Sawah Padi’ kepada setiap murid.
  2. Guru dan murid mebaca pantun yang bertajuk ‘Sawah Padi’ secara mekanis.

Aktviti 2

  1. Guru meminta mengecam perkataan yang terdapat dalam pantun.
  2. Murid berbincangkan dengan ahli kumpulan untuk mengamati perkataan yang dibaca oleh guru.

Aktiviti 3

  1. Guru memilih murid

secara rawak untuk membaca pantun kepada kawan-kawan.

  1. Guru memilih murid untuk menulis perkataan yang mereka amati di papan tulis.
BBB:

Pantun

KBT:

KB- menghubungkait

menyelesaikan

masalah.

KP- verbal linguistik

Nilai:

Kerjasama

Kasih sayang

Teks Ringkas ‘Pak Hasan’

(Lampiran C)

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti 1

  1. Guru megedarkan teks ringkas yang bertajuk ‘Pak Hasan’ kepada setiap murid.
  2. Guru dan murid membaca teks ringkas ‘Pak Hasan’ secara mekanis.

Aktviti 2

  1. Murid mencatat isi-isi penting dalam kumpulan.
  2. Murid berbincangkan dengan ahli kumpulan untuk mendapat dan ditulis di dalam peta minda.

Aktiviti 3

  1. Guru memilih murid secara rawak untuk menulis isi-isi penting di papan tulis dalam peta minda.

Aktiviti 4

  1. Guru meminta

murid menyalin jawapan yang betul di dalam buku kerja dan menghantarnya sebelum tamat kelas pada hari ini.

KBT:

KB- menjana idea

– menghubungkait

KP- intrapersonal

Nilai:

Kerjasama

Tolong menolong

BCB

Peta Minda

BBB:

Pantun.

Rumusan isi pelajaran

kognitif dan sosial.

Lirik lagu Padi

(Lampiran E)

Penutup (5 minit)

  1. Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari hari ini melalui penyoalan.
  2. Guru memberi kata-kata semangat dan pujian kepada murid-murid.
  3. Guru mengedarkan lirik lagu padi.
  4. Murid menyanyi dengan rentak lagu padi.
BBB: lirik lagu

Komputer riba

LCD

KP-muzik

Leave a comment »

Pentaksiran BM – Aras Kefahaman Taksonomi Bloom

Aras Kefahaman Huraian
1.Pengetahuan Mengenali dan mengingat fakta, idea dari bahan PnP. Antaranya ialah menghuraikan, mengenal, melabelkan, memadamkan, menamakan, memilih dan mentakrifkan.
2.Kefahman Mentafsir, menterjemah, meringkaskan maklumat berasaskan PnP. Antaranya menerangkan, menulis semula, merumuskan dan membezakan.
3.Aplikasi Memilih, pindah maklumat dan menyelesaikan masalah. Antaranya mengira, menunjukkan, menjalankan dan selesai masalah.
4.Analisis Membezakan, mengasingkan, mengklafikasikan, andaian bukti, kesimpulan sesuatu kenyataan sehingga menjadi jelas. Antaranya membandingkan, mengkategorikan dan mengenal pasti.
5.Sintesis Menggabungkan unsur-unsur untuk mendapatkan satu kesimpulan atau unsur baru. Antaranya menjelaskan, menyatukan, membentuk, merumuskan dan membandingkan.
6.Penilaian Buat keputusan, pertimbangan, kritikan penilaian berdasarkan ukuran dan rasional tertentu. Antaranya mengkritik, menerangkan dan mengaitkan.

Leave a comment »

Pengenalan PBDT

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Perkara ini ditakrifkan di dalam sebuah buku Pedagogi dalam bab Pengurusan Bilik Darjah. Manakala menurut Akta Pendidikan murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid – murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.  Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar.

Pengurusan Bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masak – masak. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.

Leave a comment »

Kisah THE MASCOT

Pn Clem, mengajar murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang berusia 11-13 tahun. Pn. Clem menganggap pelajar-pelajarnya seperti sebuah keluarga. Dia sering merungut kepada pelajar tentang beban dan peraturan.

Pada bulan Mac, Cik Cathy telah mula bertugas di situ dibawah pemantauan Pn. Clem yang mempunyai pengalaman pengajaran selama 20 tahun. Pada hari itu, Pn. Clem memperkenalkan Cathy kepada pelajar-pelajarnya. Cathy berasa gembira kerana pelajar-pelajar tersebut dapat menerima dia, tetapi dia berasa Pn. Clem memperkenalkannya dengan cara yang tidak profesional. Dia berasa seperti ‘Mascot’ dan bukan seperti guru yang perlu dianggap serius.

Pn. Clem sebenarnya berat hati untuk memberi kelas tersebut kepada Cathy. Sehingga minggu ketiga setiap pembelajaran yang dijalankan oleh Cathy ditentukan oleh Pn. Clem. Cathy tidak dapat merancang P&Pnya sendiri. Pada hari berikutnya Pn. Clem meminta Cathy mengajar tentang Pendidikan Seks iaitu bahagian-bahagian tubuh badan manusia mengikut caranya. Namun Cathy berasa tidak setuju kerana Pn. Clem mengeluarkan fakta yang tidak betul. Cathy dapat merasakan bahawa Pn. Clem cemburu atau dengki kepadanya.

Cathy telah merancang untuk mengajar pada 31 Mac. Apa yang ditakutinya ialah pengajaran yang dirancang tidak dapat dijalankan. Pada 30 Mac, Cathy dan Pn. Clem telah pergi berkursus tentang pembelajaran Sains. Pada masa itu, Pn. Clem membawa ‘Science Kit’ bersamanya. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut pada hari Khamis 31 Mac.  Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambilnya tetapi Pn. Clem tidak membenarkan, dan meminta Cathy membina BBB sendiri. Perasaan Cathy ketika itu ialah Pn. Clem tidak dapat menerima pendapat orang lain.

Pada hari tersebut, semua pelajar bekerjasama melakukan tugasan English dan Kajian Sosial kerana Pn. Clem suka kepada aktiviti berkumpulan. Pada masa yang sama Cathy memberi peneguhan iaitu ‘good work ticket’ @ token.

Dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar bernama Jabar, dia suka membantah dan mengganggu kawan-kawannya supaya tidak dapat menyiapkan kerja, dan dia dapat menjadi orang pertama yang menyiapkan kerja. Jabar berkawan baik dengan Juny, yang selalu dipengaruhi tingkahlaku dan perangai Jabar. Semasa, mengganggu dia kawan-kawannya, Cathy menegur Jabar dengan sopan supaya dia tidak mengganggu rakan-rakannya lagi.

Semasa waktu rehat Cathy mendapat sepucuk surat meminta maaf dari Jabar dan dia menerima teguran Cathy itu. Pada waktu kelas seterusnya Jabar menafikan dengan cara memberontak bahawa surat tersebut bukan dikirimi olehnya, tetapi ditulis oleh Juny.

Semasa makan tengahari, Cathy duduk berborak dengan pelajar-pelajarnya, termasuklah Jabar. Tetapi, Jabar tidak mempedulikan kehadirannya. Walaupun Cathy cuba menegur dengan cara baik, Jabar tetap begitu. Oleh itu, jadi berasa bahawa dia perlu bertegas dengan pendiriannya (asertif). Pada kebiasaannya, semasa pembelajaran Sains, Pn.Clem akan menyuruh pelajarnya membaca dengan kuat, dan pada anggapan Cathy, jika Pn. Clem tidak membawa ‘Science Kit’ tersebut, aktiviti pembelajaran tidak dapat dijalankan. Semasa Cathy masuk ke dalam kelas dia mendapati ‘Science Kit’ yang dia inginkan tiada di tempatnya. Cathy berasa marah dan tidak dapat memberi  tumpuan kepada P&P.

Perkara ini menyebabkan pelajar-pelajar yang sudah bersedia mendengar P&P Sains, berasa tidak puas hati dan mula bergaduh. (Jabar, Isaac dan Thomas). Walaubagaimanapun, Cathy cuba meleraikan pergaduhan mereka dan terus memulakan pembelajaran. Tiba-tiba Pn. Clem memarahi pelajar-pelajarnya dan menyuruh mereka menghormati Cathy. Sebagai denda Pn. Clem meminta mereka semua termasuk Jabar dan Thomas membuat surat meminta maaf dengan Cathy. Tetapi Jabar enggan dan terus meninggalkan kelas. Separuh daripada kelas sibuk menulis meminta maaf dan separuh lagi enggan.

Cathy bertambah marah kerana dia amat memerlukan Sains kit itu, dan meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Akhirnya Pn. Clem menyuruh Cathy mengambil Sains kit itu bersama seorang pelajar, kerana ia berat. Cathy merasa sekiranya dia meninggalkan kelas dalam keadaan begitu, kelas akan menjadi kucar-kacir dan sukar dikawal, tetapi dia perlu mengambil masa untuk menyelesaikan masalah itu.

Semasa Cathy dan Pn. Clem memilih pelajar yang sesuai untuk mengambil Sains kit di kereta berlaku sedikit perbalahan antara mereka. Kemudian Jabar dan Tai yang pergi mengambil Sains kit itu dan diiringi oleh Cathy.

Cathy cuba menggunakan BBB tersebut, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan P&P yang dirancangnya. Semasa Cathy cuba mengawal murid-murid kelasnya. Cathy merasakan bahawa dia merasa semakin tertekan dengan sikap Jabar dan tidak memberi tumpuan, bising dan mengganggu rakan-rakan lain. kemudian, Jabar bangun dan keluar dari kelas. Apabila dia kembali semula dia lebih membuat bising dan mengganggu rakan-rakannya lagi.

Dia kemudian keluar sekali lagi bersama Juny. Melihat keadaan itu, Pn. Clem telah menjerit dan menyuruh Jabar mesuk ke kelas segera dengan bahasa yang kasar, tetapi tidak dihiraukan. Setelah Jabar keluar Cathy mencari Jabar di dewan dan memberitahu bahawa disebabkan dia P&P kelas perlu diganti selama 20 minit semasa waktu rehat tengahari.

Selepas itu, Cathy berbincang dengan Jabar. Dia hairan mengapa murid-muridnya bersikap begitu teruk. Selama 4 minggu dia mengajar,  Cathy  mula sedar bahawa terdapat kesan buruk akibat konflik yang melanda dia dan Pn. Clem. Kesan tersebut memberi kebolehan kepada Cathy untuk mengajar dan mengurus kelas. Akhir sekali Cathy berharap, hari esok akan lebih baik dari hari ini.

Leave a comment »

BANDING BEZA TEORI DISIPLIN.


SKINNER (Peneguhan & Pembentukan) ASERTIF CANTERS (Sikap guru) DREIKURS (Golongan bermasalah)
Peneguhan- Gerak balas yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya tindakan yang dikehendaki.

+ve: ganjaran laksana tindakan.

Cth: hadiah/senyuman/pujian.

-ve: tindakan elak perkara tak diingini. Cth: cubit jika tak siap kerja.

  • Diasaskan oleh Lee Canters & Marlene.
  • Menyatakan bahawa guru berlu bersikap positif (berterus terang).
  • Guru tegas mengawal kelas/ tidak menunjukkan kelemahan.

( tak berperikemanusiaan)

  • Diasaskan oleh Rudolph Dreikurs.
  • Menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri.
  • Guru membimbing dengan set yang diingini.
  • Dreikurs tidak percaya hukuman, paksaan, dendaan dalam tangani maslah tingkah laku.
  • Percaya kepada kesan natural/ akibat /galakkan/pertimbangan logikal dapat mendidik pelajar.
Aplikasi Peneguhan +ve:

*(Token Ekonomi)

Pelekat ganjaran/ diletak di tempat yang jelas dilihat.

*(Reverse psikologi)

Guru minta lakukan sesuatu yang tak diingini.

Cth: Saya tak sangka kamu dapat siapkan kerja ini dalam tempoh 5 minit.

Disiplin asertif?

  • Guru menggunakan bahasa yang tegas/ verbal
  • Teknik ‘broken record’/ tidak menjerit/ tak marah/mengulang mesej dengan tenang bila berlaku pertikaian.
  • Menggunakan bahasa tubuh/memek muka/membesarkan mata/unverbal.
Mengapa?

  • Individu melanggar disiplin/salah laku sbb merasakan peraturan berat sebelah/ mengehendaki sesuatu.

4 punca salah laku:

  • Dapat perhatian
  • Kuasa kawal
  • Ketidakupayaan.

Membalas dendam.

Pembentukan/shapping- Kukuhkan perbuatan dengan pengulangan/ latih tubi/ penjadualan. Langkah laksana disiplin asertif?

  • Kenal murid yang menjadi halangan pelaksanaan disiplin assertif/latar belakang.
  • Amalkan respon assertif.

-bukan asertif- pendidik y pasif/ tak pertahan hak.

-pendidik bermusuh-jerit/ugut/sindir.

-asertif- Desak dengan tenang/didikan terkawal.

  • Letakkan had/apa yang dikehendaki.
  • Laksanakan dengan tegas/ cara +ve.
Cara menangani?

  • (Guru) marah/gusarà (Murid) perhatian.
  • Ancam/diugutà tunjuk kuasa.
  • Disakiti à balas dendam.
  • Tak terdayaà Ketidakupayaan guru.
Peniruan/ Modeling- Murid mencontohi model/ diberikan ganjaran. Contoh tindakan:

  • Murid datang lewat ke kelas
  • Hukuman: Mencuci  tandas
  • Akibat logikal: Tidak dapat masuk ke kelas.
  • Murid menconteng dinding
  • Hukuman: Denda balik lambat
  • Akibat logikal: Murid perlu membersihkan dinding yang diconteng.

Leave a comment »