Archive for Bahasa Melayu

Konsep KIA2M – BM

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.  Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Advertisements

Leave a comment »

Rancangan Mengajar Harian – RPH BM


Mata pelajaran    : Bahasa Melayu

Tahun                  : 3 Siddiq

Bilangan Pelajar : 25 orang

Tema                    : Pertanian

Tajuk                    : Ke sawah padi

Tarikh                  : 17/ 03/ 08

Masa                    : 8.45-9.45 pagi

Objektif               : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

  1. Bercerita tentang gambar sawah padi dengan 75 peratus sebutan yang betul.
  2. Mengecam secara lisan perkataan yang terdapat dalam pantun dengan 75 peratus betul.
  3. Mecatat 5 daripada 10 isi-isi penting dalam petikan yang bertajuk  ‘Pak Hasan’.

Fokus Utama

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat , serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 1

  1. Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.

Aras 1

  1. Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1

  1. Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.

Kemahiran bahasa : Mendengar bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa

Tatabahasa : morfologi – perkataan.

Kosa kata : Moden, petani, membajak, menuai, menanam, jentera

baik hati.

Pengisian kirikulum

Ilmu  : Kemahiran hidup, dan Kajian Tempatan.

Nilai : Tolong menlong, kerjasama, kasih sayang, semangat kekitaan

Kewarganegaraan : semangat kekitaan , tolong menolong,

hormat – menghormati

KBT : KB – Menghubungkait – menjana idea  – Memproses maklumat –

Menyelesaikan masalah

KP –verbal linguistik – intrapersonal – muzik

Bahan bantu belajar :

–          Komputer riba

–          LCD

–          Lirik lagu

–          Pantun

–          Teks ringkas

Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Pengesanan maklumat yang dipertontonkan

  • Video klip ‘ke sawah padi’

Set Induksi (5 minit)

  1. Guru menayangkan video klip tentang ke sawah padi.
  2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai tajuk video yang ditayangkan.
  3. Murid menceritakan pengalaman sedia ada berdasarkan tajuk ke sawah padi.
  1. Guru menerangkan tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini.
BBB:   Video klip

Komputer riba

LCD

KBT:

KB

  • menghubungkait
  • Memproses maklumat

Gambar ke sawah

(Lampiran A)

.

Langkah 1 ( 20 minit )

Aktiviti 1

  1. Guru membahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi lima orang murid.
  2. Guru mempamerkan gambar sawah di skrin putih dan memberi salinan gambar sawah kepada lima kumpulan.

Aktiviti 2

  1. Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai gambar sawah.
  2. Guru memanggil wakil ke hadapan dari setiap kumpulan untuk menceritakan tentang gambar sawah dengan sebutan yang betul.
  3. Guru membetulkan sebutan yang disebutkan oleh murid.
BBB:

Gambar.

KBT:

KP- Verbal-linguistik

interpersonal

KB- memproses

maklumat.

menghubungkait.

Menjana idea

Nilai:

Kerjasama

Kasih sayang

Semangat kekitaan

Pantun Sawah Padi’ (Lampiran B)

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti 1

  1. Guru megedarkan pantun yang bertajuk ‘Sawah Padi’ kepada setiap murid.
  2. Guru dan murid mebaca pantun yang bertajuk ‘Sawah Padi’ secara mekanis.

Aktviti 2

  1. Guru meminta mengecam perkataan yang terdapat dalam pantun.
  2. Murid berbincangkan dengan ahli kumpulan untuk mengamati perkataan yang dibaca oleh guru.

Aktiviti 3

  1. Guru memilih murid

secara rawak untuk membaca pantun kepada kawan-kawan.

  1. Guru memilih murid untuk menulis perkataan yang mereka amati di papan tulis.
BBB:

Pantun

KBT:

KB- menghubungkait

menyelesaikan

masalah.

KP- verbal linguistik

Nilai:

Kerjasama

Kasih sayang

Teks Ringkas ‘Pak Hasan’

(Lampiran C)

Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti 1

  1. Guru megedarkan teks ringkas yang bertajuk ‘Pak Hasan’ kepada setiap murid.
  2. Guru dan murid membaca teks ringkas ‘Pak Hasan’ secara mekanis.

Aktviti 2

  1. Murid mencatat isi-isi penting dalam kumpulan.
  2. Murid berbincangkan dengan ahli kumpulan untuk mendapat dan ditulis di dalam peta minda.

Aktiviti 3

  1. Guru memilih murid secara rawak untuk menulis isi-isi penting di papan tulis dalam peta minda.

Aktiviti 4

  1. Guru meminta

murid menyalin jawapan yang betul di dalam buku kerja dan menghantarnya sebelum tamat kelas pada hari ini.

KBT:

KB- menjana idea

– menghubungkait

KP- intrapersonal

Nilai:

Kerjasama

Tolong menolong

BCB

Peta Minda

BBB:

Pantun.

Rumusan isi pelajaran

kognitif dan sosial.

Lirik lagu Padi

(Lampiran E)

Penutup (5 minit)

  1. Murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari hari ini melalui penyoalan.
  2. Guru memberi kata-kata semangat dan pujian kepada murid-murid.
  3. Guru mengedarkan lirik lagu padi.
  4. Murid menyanyi dengan rentak lagu padi.
BBB: lirik lagu

Komputer riba

LCD

KP-muzik

Leave a comment »

Pentaksiran BM – Aras Kefahaman Taksonomi Bloom

Aras Kefahaman Huraian
1.Pengetahuan Mengenali dan mengingat fakta, idea dari bahan PnP. Antaranya ialah menghuraikan, mengenal, melabelkan, memadamkan, menamakan, memilih dan mentakrifkan.
2.Kefahman Mentafsir, menterjemah, meringkaskan maklumat berasaskan PnP. Antaranya menerangkan, menulis semula, merumuskan dan membezakan.
3.Aplikasi Memilih, pindah maklumat dan menyelesaikan masalah. Antaranya mengira, menunjukkan, menjalankan dan selesai masalah.
4.Analisis Membezakan, mengasingkan, mengklafikasikan, andaian bukti, kesimpulan sesuatu kenyataan sehingga menjadi jelas. Antaranya membandingkan, mengkategorikan dan mengenal pasti.
5.Sintesis Menggabungkan unsur-unsur untuk mendapatkan satu kesimpulan atau unsur baru. Antaranya menjelaskan, menyatukan, membentuk, merumuskan dan membandingkan.
6.Penilaian Buat keputusan, pertimbangan, kritikan penilaian berdasarkan ukuran dan rasional tertentu. Antaranya mengkritik, menerangkan dan mengaitkan.

Leave a comment »

kata nama vs jenis kata

Morfologi

Tajuk : Golongan kata (Kata Nama) vs Jenis kata

Kata Nama ialah menamakan sesuatu yang berbentuk konkrit(seperti kayu, meja, kerusi) atau abstrak(perasaan, angin). Boleh hadir dalam pelbagai jenis kata dasar, terbitan, ganda dan akronim.

Huraian :

Kata dasar tiada imbuhan yang menjadi akar kepada kata terbitan dan mungkin ada imbuhan. Kata akar tidak akan ada imbuhan.  Contohnya yang menjadi kata nama ialah pelajar(kata dasar).

Kata terbitan : Kata yang terbit daripada kata dasar. Yang mana mesti menerima imbuhan. Imbuhan seperti berikut akan menyebabkan kata terbitan tersebut termasuk dalam golongan kata nama.  –wan/wati..(angkasawan, olahragawati), -man(seniman), ke..an( kegemaran) boleh juga menjadi kata adjektif(kecinaan), ..at/in(hadirin, hadirat), pro-(prokerajaan), sub-(subtajuk), tele-(telefon), tata(tatasusila), pra-(prasekolah), maha(mahaguru), juru(jurujual) dieja rapat, ..el.., …em.., ..er.., (pelajar, gerigi, telunjuk),..an(lautan)

Kata majmuk : dua atau lebih kata yang membawa satu makna.  Contohnya kereta api (perkataan selepas ‘kereta’ mestilah dieja jauh seperti kereta kuda, kereta lembu), penyalahgunaan(kata majmuk yang diterbitkan apabila menerima imbuhan yang menjadikannya kata nama.

Kata ganda : kata – kata yang digandakan secara berentak atau keseluruhan ditandai sempang. Kata ganda boleh tergolong dalam kata nama. Seperti berikut : ganda seluruh( kura-kura), ganda separa(bebola,gegendang), ganda bersajak(lauk-pauk, kuih-muih), ganda berimbuhan(puji-pujian, main-mainan)

Akronim : cantuman dua atau lebih kata berdasarkan suku kata atau huruf awal yang terbentuk bunyi. Antara yang termasuk golongan kata nama (pawagam daripada panggung wayang) , cerpen (cerita pendek).

Leave a comment »

Teater


Apakah yang dikatakan sebagai teater?

Ramai orang berpendapat bahawa teater itu adalah sekadar bentuk persembahan di hadapan penonton tanpa memikirkan dari sudut konteks yang berbeza dan mendalam. Menurut Cohen di dalam buku Theatre, teater bermaksud “satu bentuk kerja artistik di mana para pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan kepada sebuah skrip” (Cohen, Robert : 81)

Namun begitu ia tidak boleh diterima pakai secara begitu sahaja sebagai maksud utamanya sebaliknya ia dianggap secara dasar kepada pengertian maksud teater itu sendiri. Pengertian sebenarnya mempunyai ruang maksud yang lebih meluas dan bukan sekadar tertumpu kepada satu skop sahaja. Cuba kita lihat secara lebih terperinci tentang pengertian maksud teater yang sebenarnya. Berikut adalah di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam maksud teater yang sebenarnya:

a. Teater adalah satu bentuk kerja.
b. Teater adalah satu bentuk kerja seni artistik.
c. Di dalam teater pelakon mengimprovisasi watak.
d. Teater adalah sebuah persembahan langsung.
e. Teater adalah sebuah bentuk persembahan.
f. Teater memerlukan tulisan berskrip.

Leave a comment »

Semantik

1)         Pendahuluan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya.  Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna.  Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.  Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa.  Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’.  Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi.  Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku  The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan.  Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi ‘makna’.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan  dari majalah Dewan Bahasa dan internet.  Matlamat utama  kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek – aspek seperti erti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.

2)         Semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’.  Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.  Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.  Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti  dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3)         Perkataan dan Makna

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna.  Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya.  Misalnya kata ‘dua’, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’.   Manakala, kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang.  Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus.   Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain.  Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan.  Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

Leave a comment »