Pengenalan PBDT

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Perkara ini ditakrifkan di dalam sebuah buku Pedagogi dalam bab Pengurusan Bilik Darjah. Manakala menurut Akta Pendidikan murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid – murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.  Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar.

Pengurusan Bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masak – masak. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: