Semantik

1)         Pendahuluan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya.  Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna.  Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.  Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa.  Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’.  Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi.  Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku  The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan.  Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi ‘makna’.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan  dari majalah Dewan Bahasa dan internet.  Matlamat utama  kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek – aspek seperti erti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.

2)         Semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’.  Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.  Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.  Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti  dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3)         Perkataan dan Makna

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna.  Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya.  Misalnya kata ‘dua’, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’.   Manakala, kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang.  Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus.   Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain.  Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan.  Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: