Archive for January 17, 2010

Teater


Apakah yang dikatakan sebagai teater?

Ramai orang berpendapat bahawa teater itu adalah sekadar bentuk persembahan di hadapan penonton tanpa memikirkan dari sudut konteks yang berbeza dan mendalam. Menurut Cohen di dalam buku Theatre, teater bermaksud “satu bentuk kerja artistik di mana para pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan kepada sebuah skrip” (Cohen, Robert : 81)

Namun begitu ia tidak boleh diterima pakai secara begitu sahaja sebagai maksud utamanya sebaliknya ia dianggap secara dasar kepada pengertian maksud teater itu sendiri. Pengertian sebenarnya mempunyai ruang maksud yang lebih meluas dan bukan sekadar tertumpu kepada satu skop sahaja. Cuba kita lihat secara lebih terperinci tentang pengertian maksud teater yang sebenarnya. Berikut adalah di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam maksud teater yang sebenarnya:

a. Teater adalah satu bentuk kerja.
b. Teater adalah satu bentuk kerja seni artistik.
c. Di dalam teater pelakon mengimprovisasi watak.
d. Teater adalah sebuah persembahan langsung.
e. Teater adalah sebuah bentuk persembahan.
f. Teater memerlukan tulisan berskrip.

Leave a comment »

Majlis Olimpik Malaysia (versi melayu)

  1. Peranan MOM
    1. Menggalakkan prinsip asas Olympic Movement program pendidikan selesai.
    2. Bekerjasama dengan NSAs, agensi-agensi kerajaan, dan IOC untuk pembangunan dan latihan atlet-atlet, jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai teknikal dan pentadbir-pentadbir sukan untuk sukan kompetitif serta sukan untuk semua.
    3. Bekerjasama dengan NSAs dalam persediaan atlet-atlet dan pegawai-pegawai bagi menyertai dalam Olimpik, Asia, SEA dan Sukan Komanwel.
    4. Mengumpul dana-dana dengan tujuan memenuhi objektif dan peranan majlis.
  1. Organisasi
    1. Kuasa bagi OCM dikurniakan dalam Perhimpunan Agung, yang berjumpa setiap dua tahun sekali pada Perhimpunan Agung dwitahunan. NSA masing-masing berhak menghantar. 3 orang wakil untuk Perhimpunan Tahunan.
    2. Biennial General Assembly memilih 12 pegawai, yakni:
      1. i.      Presiden
      2. ii.      Timbalan Presiden
      3. iii.      lima orang naib presiden – Hon. Setiausaha
      4. iv.      Dua Hon. Penolong-penolong Setiausaha
      5. v.      Hon. Bendahari
      6. vi.      Hon. Penolong Bendahari
    3. The Council OCM mengandungi pegawai2 dan seorang wakil daripada NSA masing-masing. Majlis berjumpa sedang satu asas biasa.
    4. Lembaga eksekutif OCM mengandungi Officers dan 4 tambahan tercalon ahli-ahli dan berjumpa bulanan.
    5. OCM memelihara dan beroperasi sebuah pejabat mengandungi petugas sepenuh masa untuk mengelolakan harian perkara-perkara dan mengekalkan kebertanggungjawaban kewangan.
  2. Objektif
    1. Bagi membangunkan dan melindungi Olympic Movement dan bagi memperkenalkan prinsip asas itu Olympism melalui aktiviti sukan dan pendidikan.
    2. Menjadi bebas sepenuhnya dan berautonomi dan bagi menentang semua tekanan-tekanan apa-apa jenis, termasuk yang politik seorang, agama-agama atau sifat ekonomi.
    3. Bertindak penyelarasan semua organisasi badan sukan di Malaysia.
    4. Bagi mempromosi dan menggalakkan pembangunan sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua.
    5. To memudahkan bursa-bursa antara OCM dan ahli-ahlinya dengan National Olympic Committee lain (NOCs) dan IFs.
    6. Untuk memilih dan memasuki atlet-atlet untuk Olimpik, Asia, SEA dan Sukan Komanwel dan dunia atau serantau multi sukan pertandingan-pertandingan.
    7. Untuk menyelenggarakan Olimpik, Asia, SEA dan Sukan Komanwel dan dunia atau serantau multi sukan pertandingan-pertandingan.

Leave a comment »

Ansur maju lompat jauh

Latihan ansur maju

Ø Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

Ø Latihan lonjakan

  • ·Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh.
  • · Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
  • · Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
  • · Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

Ø Latihan mendarat

  • · Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
  • · Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
  • · Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

Ø Mengukur penujuan

  • Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
  • Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
  • Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

Ø Latihan gaya lompatan berbeza

  • · Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
  • · Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh).
  • · Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

Bahagian otot yang terlibat sewaktu aktiviti lompat jauh

Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan.

1. Fasa Penujuan

  • Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
  • Otot yang terdapat diantara tendon dan patella.
  • Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectus femoris (femur).

2. Fasa Lonjakan

  • – Otot kuadrisep.
  • – Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia)

3. Fasa Layangan

  • – Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
  • – Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal

4. Fasa pendaratan

  • Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus
  • Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus

Leave a comment »

Semantik

1)         Pendahuluan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya.  Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna.  Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.  Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa.  Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’.  Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi.  Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku  The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan.  Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi ‘makna’.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan  dari majalah Dewan Bahasa dan internet.  Matlamat utama  kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek – aspek seperti erti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.

2)         Semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’.  Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.  Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.  Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti  dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3)         Perkataan dan Makna

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna.  Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya.  Misalnya kata ‘dua’, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’.   Manakala, kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang.  Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus.   Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain.  Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan.  Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

Leave a comment »