Archive for Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku

BANDING BEZA TEORI DISIPLIN KOUNIN DAN GLASSER.


PENGURUSAN KELOMPOK – (KOUNIN) TERAPI REALITI – ( WILLIAM GLASSER) )
  • Diasaskan oleh Jacob Kounin
  • Model ini hubung kait dengan pengurusan efektif dan pengajaran efektif.
  • Diasaskan oleh William Glasser.
  • Konsepnya : individu tingkah laku tidak diingini tidak perlu pembelaan, tetapi harus belajar untuk berkelakuan yang boleh diterima dan produktif.
  • Menekan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
  • Haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid.
  • Menekan setiap individu perlu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa ganggu atau menjangkaui keperluan dan kehendak individu lain.
Ada 5 faktor

1         Dalam jangkauan (withitness)

2         Serentak (overlapping)

3         Pergerakan (momentum)

4         Kelancaran (smopthness)

5         Kepekaan kumpulan (group alerting)

Faktor yang menjadi asas dalam teori Glasser

1         Berfokus kepada semasa bagi elakkan bincang    perkara lalu.

2         Galakkan individu untuk hakimi diri mereka sendiri dengan pertanyaan.

3         Perancangan spesifik bagi bantu melaksanakan dan menilai kemajuan diri.

6 Aplikasinya :

1         Guru peka dengan keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid.

2         Keupayaan guru tangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi PnP semasa.

3         Guru mesti buat persediaan supaya proses PnP lancar

4         Guru tidak ganggu murid semasa laku aktiviti tetapi bantu secara individu yang bermasalah.

5         Terangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat.

6         Meninjau hasil kerja murid.

7         Minta murid bagi respons terhadap sesatu perkara.

Aplikasinya :

1         Pelajar dilihat sebagai berpotensi bknya perosak.

2         Guru yakinkan pelajar bagi tambah kualiti hidup.

3         Guru sediakan suasana belajar yang menyeronokkan.

4         Guru wujudkan hubungan baik dengan pelajar bantu mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Comments (2) »

Pengenalan PBDT

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Perkara ini ditakrifkan di dalam sebuah buku Pedagogi dalam bab Pengurusan Bilik Darjah. Manakala menurut Akta Pendidikan murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru bermakna seorang yang mengajar murid – murid di sekolah atau institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.  Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar.

Pengurusan Bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masak – masak. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.

Leave a comment »

Kisah THE MASCOT

Pn Clem, mengajar murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang berusia 11-13 tahun. Pn. Clem menganggap pelajar-pelajarnya seperti sebuah keluarga. Dia sering merungut kepada pelajar tentang beban dan peraturan.

Pada bulan Mac, Cik Cathy telah mula bertugas di situ dibawah pemantauan Pn. Clem yang mempunyai pengalaman pengajaran selama 20 tahun. Pada hari itu, Pn. Clem memperkenalkan Cathy kepada pelajar-pelajarnya. Cathy berasa gembira kerana pelajar-pelajar tersebut dapat menerima dia, tetapi dia berasa Pn. Clem memperkenalkannya dengan cara yang tidak profesional. Dia berasa seperti ‘Mascot’ dan bukan seperti guru yang perlu dianggap serius.

Pn. Clem sebenarnya berat hati untuk memberi kelas tersebut kepada Cathy. Sehingga minggu ketiga setiap pembelajaran yang dijalankan oleh Cathy ditentukan oleh Pn. Clem. Cathy tidak dapat merancang P&Pnya sendiri. Pada hari berikutnya Pn. Clem meminta Cathy mengajar tentang Pendidikan Seks iaitu bahagian-bahagian tubuh badan manusia mengikut caranya. Namun Cathy berasa tidak setuju kerana Pn. Clem mengeluarkan fakta yang tidak betul. Cathy dapat merasakan bahawa Pn. Clem cemburu atau dengki kepadanya.

Cathy telah merancang untuk mengajar pada 31 Mac. Apa yang ditakutinya ialah pengajaran yang dirancang tidak dapat dijalankan. Pada 30 Mac, Cathy dan Pn. Clem telah pergi berkursus tentang pembelajaran Sains. Pada masa itu, Pn. Clem membawa ‘Science Kit’ bersamanya. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut pada hari Khamis 31 Mac.  Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambilnya tetapi Pn. Clem tidak membenarkan, dan meminta Cathy membina BBB sendiri. Perasaan Cathy ketika itu ialah Pn. Clem tidak dapat menerima pendapat orang lain.

Pada hari tersebut, semua pelajar bekerjasama melakukan tugasan English dan Kajian Sosial kerana Pn. Clem suka kepada aktiviti berkumpulan. Pada masa yang sama Cathy memberi peneguhan iaitu ‘good work ticket’ @ token.

Dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar bernama Jabar, dia suka membantah dan mengganggu kawan-kawannya supaya tidak dapat menyiapkan kerja, dan dia dapat menjadi orang pertama yang menyiapkan kerja. Jabar berkawan baik dengan Juny, yang selalu dipengaruhi tingkahlaku dan perangai Jabar. Semasa, mengganggu dia kawan-kawannya, Cathy menegur Jabar dengan sopan supaya dia tidak mengganggu rakan-rakannya lagi.

Semasa waktu rehat Cathy mendapat sepucuk surat meminta maaf dari Jabar dan dia menerima teguran Cathy itu. Pada waktu kelas seterusnya Jabar menafikan dengan cara memberontak bahawa surat tersebut bukan dikirimi olehnya, tetapi ditulis oleh Juny.

Semasa makan tengahari, Cathy duduk berborak dengan pelajar-pelajarnya, termasuklah Jabar. Tetapi, Jabar tidak mempedulikan kehadirannya. Walaupun Cathy cuba menegur dengan cara baik, Jabar tetap begitu. Oleh itu, jadi berasa bahawa dia perlu bertegas dengan pendiriannya (asertif). Pada kebiasaannya, semasa pembelajaran Sains, Pn.Clem akan menyuruh pelajarnya membaca dengan kuat, dan pada anggapan Cathy, jika Pn. Clem tidak membawa ‘Science Kit’ tersebut, aktiviti pembelajaran tidak dapat dijalankan. Semasa Cathy masuk ke dalam kelas dia mendapati ‘Science Kit’ yang dia inginkan tiada di tempatnya. Cathy berasa marah dan tidak dapat memberi  tumpuan kepada P&P.

Perkara ini menyebabkan pelajar-pelajar yang sudah bersedia mendengar P&P Sains, berasa tidak puas hati dan mula bergaduh. (Jabar, Isaac dan Thomas). Walaubagaimanapun, Cathy cuba meleraikan pergaduhan mereka dan terus memulakan pembelajaran. Tiba-tiba Pn. Clem memarahi pelajar-pelajarnya dan menyuruh mereka menghormati Cathy. Sebagai denda Pn. Clem meminta mereka semua termasuk Jabar dan Thomas membuat surat meminta maaf dengan Cathy. Tetapi Jabar enggan dan terus meninggalkan kelas. Separuh daripada kelas sibuk menulis meminta maaf dan separuh lagi enggan.

Cathy bertambah marah kerana dia amat memerlukan Sains kit itu, dan meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Akhirnya Pn. Clem menyuruh Cathy mengambil Sains kit itu bersama seorang pelajar, kerana ia berat. Cathy merasa sekiranya dia meninggalkan kelas dalam keadaan begitu, kelas akan menjadi kucar-kacir dan sukar dikawal, tetapi dia perlu mengambil masa untuk menyelesaikan masalah itu.

Semasa Cathy dan Pn. Clem memilih pelajar yang sesuai untuk mengambil Sains kit di kereta berlaku sedikit perbalahan antara mereka. Kemudian Jabar dan Tai yang pergi mengambil Sains kit itu dan diiringi oleh Cathy.

Cathy cuba menggunakan BBB tersebut, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan P&P yang dirancangnya. Semasa Cathy cuba mengawal murid-murid kelasnya. Cathy merasakan bahawa dia merasa semakin tertekan dengan sikap Jabar dan tidak memberi tumpuan, bising dan mengganggu rakan-rakan lain. kemudian, Jabar bangun dan keluar dari kelas. Apabila dia kembali semula dia lebih membuat bising dan mengganggu rakan-rakannya lagi.

Dia kemudian keluar sekali lagi bersama Juny. Melihat keadaan itu, Pn. Clem telah menjerit dan menyuruh Jabar mesuk ke kelas segera dengan bahasa yang kasar, tetapi tidak dihiraukan. Setelah Jabar keluar Cathy mencari Jabar di dewan dan memberitahu bahawa disebabkan dia P&P kelas perlu diganti selama 20 minit semasa waktu rehat tengahari.

Selepas itu, Cathy berbincang dengan Jabar. Dia hairan mengapa murid-muridnya bersikap begitu teruk. Selama 4 minggu dia mengajar,  Cathy  mula sedar bahawa terdapat kesan buruk akibat konflik yang melanda dia dan Pn. Clem. Kesan tersebut memberi kebolehan kepada Cathy untuk mengajar dan mengurus kelas. Akhir sekali Cathy berharap, hari esok akan lebih baik dari hari ini.

Leave a comment »

BANDING BEZA TEORI DISIPLIN.


SKINNER (Peneguhan & Pembentukan) ASERTIF CANTERS (Sikap guru) DREIKURS (Golongan bermasalah)
Peneguhan- Gerak balas yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya tindakan yang dikehendaki.

+ve: ganjaran laksana tindakan.

Cth: hadiah/senyuman/pujian.

-ve: tindakan elak perkara tak diingini. Cth: cubit jika tak siap kerja.

  • Diasaskan oleh Lee Canters & Marlene.
  • Menyatakan bahawa guru berlu bersikap positif (berterus terang).
  • Guru tegas mengawal kelas/ tidak menunjukkan kelemahan.

( tak berperikemanusiaan)

  • Diasaskan oleh Rudolph Dreikurs.
  • Menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri.
  • Guru membimbing dengan set yang diingini.
  • Dreikurs tidak percaya hukuman, paksaan, dendaan dalam tangani maslah tingkah laku.
  • Percaya kepada kesan natural/ akibat /galakkan/pertimbangan logikal dapat mendidik pelajar.
Aplikasi Peneguhan +ve:

*(Token Ekonomi)

Pelekat ganjaran/ diletak di tempat yang jelas dilihat.

*(Reverse psikologi)

Guru minta lakukan sesuatu yang tak diingini.

Cth: Saya tak sangka kamu dapat siapkan kerja ini dalam tempoh 5 minit.

Disiplin asertif?

  • Guru menggunakan bahasa yang tegas/ verbal
  • Teknik ‘broken record’/ tidak menjerit/ tak marah/mengulang mesej dengan tenang bila berlaku pertikaian.
  • Menggunakan bahasa tubuh/memek muka/membesarkan mata/unverbal.
Mengapa?

  • Individu melanggar disiplin/salah laku sbb merasakan peraturan berat sebelah/ mengehendaki sesuatu.

4 punca salah laku:

  • Dapat perhatian
  • Kuasa kawal
  • Ketidakupayaan.

Membalas dendam.

Pembentukan/shapping- Kukuhkan perbuatan dengan pengulangan/ latih tubi/ penjadualan. Langkah laksana disiplin asertif?

  • Kenal murid yang menjadi halangan pelaksanaan disiplin assertif/latar belakang.
  • Amalkan respon assertif.

-bukan asertif- pendidik y pasif/ tak pertahan hak.

-pendidik bermusuh-jerit/ugut/sindir.

-asertif- Desak dengan tenang/didikan terkawal.

  • Letakkan had/apa yang dikehendaki.
  • Laksanakan dengan tegas/ cara +ve.
Cara menangani?

  • (Guru) marah/gusarà (Murid) perhatian.
  • Ancam/diugutà tunjuk kuasa.
  • Disakiti à balas dendam.
  • Tak terdayaà Ketidakupayaan guru.
Peniruan/ Modeling- Murid mencontohi model/ diberikan ganjaran. Contoh tindakan:

  • Murid datang lewat ke kelas
  • Hukuman: Mencuci  tandas
  • Akibat logikal: Tidak dapat masuk ke kelas.
  • Murid menconteng dinding
  • Hukuman: Denda balik lambat
  • Akibat logikal: Murid perlu membersihkan dinding yang diconteng.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.